Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan Permainan Pernambah-Baikkan Yakuza 3, 4 Dan 5 Tidak Akan Dipotong Menurut SEGA

Kandungan Permainan Pernambah-Baikkan Yakuza 3, 4 Dan 5 Tidak Akan Dipotong Menurut SEGA

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Sebelum ini, SEGA mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Yakuza 3, Yakuza 4 dan Yakuza 5 secara pernambah-baikkan di konsol Playstation 4. Kini, melalui temu bual bersama ketua kreatif SEGA Toshihiro Nagoshi, beliau berkongsi sebilangan informasi baru buat permainan tersebut.

Menurut beliau, permainan pernambah-baikkan tersebut dilancarkan semula khas buat pemain luar dari Jepun. Selepas pelancaran Yakuza 0 pada tahun lepas, beliau mendapati bahawa permainan tersebut sangat laku diluar pasaran Jepun. Tambah beliau, pelancaran Yakuza 6: The Song Of Life juga mendapat sambutan oleh peminat, sekaligus mereka ingin memenuhi kehendak pemain untuk melancarkan siri Yakuza lain ke konsol generasi kini.

Toshihiro Nagoshi juga menyatakan bahawa kandungan permainan pernambah-baikkan tersebut tidak akan dipotong sekaligus kesemua kandungan permainan yang dilancarkan di konsol Playstation 3 sebelum ini boleh dimainkan oleh pemain global.

Ini merupakan sesuatu yang sangat menarik memandangkan sebarang pelancaran permainan global dari Jepun selalunya terdapat potongan kandungan dari segi perlesenan ataupun kandungan yang kurang bersesuaian. Tambahan juga, dengan kenyataan ini, SEGA tampaknya akan melancarkan permainan tersebut secara global secara rasmi.

Sebelum ini SEGA menyatakan bahawa mereka akan melancarkan permainan-permainan tersebut secara berperingkat bermula tahun ini sehingga tahun depan. Namun buat masa ini, bagi edisi global SEGA masih belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran. Namun anda mungkin berminat untuk mendapatkan Yakuza: Kiwami 2 dahulu pada Ogos ini.


TIPS & ULASAN