Informasi Permainan Video Terkini
Sebahagian Paparan Skrin Final Fantasy VII Remake Tertiris Melalui Pautan Iklan Pekerjaan Square-Enix

Sebahagian Paparan Skrin Final Fantasy VII Remake Tertiris Melalui Pautan Iklan Pekerjaan Square-Enix

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Memandangkan Square-Enix masih belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan Final Fantasy VII Remake, tampaknya sebarang imej mahupun informasi tambahan berkenaan permainan tersebut sememangnya akan memberi berita gembira buat peminat.

Kini melalui pautan iklan pekerjaan di Square-Enix buat bahagian Business Division 1, tampaknya terdapat satu imej yang tertiris yang mana ia memperlihatkan sebahagian permainan Final Fantasy VII Remake.

Berdasarkan imej diatas, ia jelas memaparkan watak ketua musuh, iaitu AIr Buster. Ketua musuh tersebut merupakan antara ketua musuh peringkat awal yang pemain akan hadapi buat permainan asal Final Fantasy VII. Dari segi visual rekaan, tampaknya Square-Enix masih lagi mengekal rekaan asal ketua musuh tersebut namun dengan lebih banyak keperincian yang menarik.

Walaupun imej ini bukanlah sesuatu pengumuman yang besar buat permainan tersebut. Memandangkan kali terakhir kita mendapat sebarang kemaskini oleh Square-Enix adalah penglibatan Nobuo Uematsu sebagai komposer permainan tersebut.

Namun, dengan bakal tibanya E3 pada Jun ini, kami percaya Square-Enix akan berkongsi informasi tambahan berkenaan permainan tersebut pada acara sidang media khas mereka pada 12 Jun ini.


TIPS & ULASAN