Informasi Permainan Video Terkini
Kasut PUMA x SEGA RS-0 Sonic Dan RS-0 Dr. Eggman Bakal Tiba Buat Pasaran Malaysia – Berharga RM610

Kasut PUMA x SEGA RS-0 Sonic Dan RS-0 Dr. Eggman Bakal Tiba Buat Pasaran Malaysia – Berharga RM610

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan berkenaan kasut kolaborasi antara SEGA dan PUMA, iaitu PUMA x SEGA RS-0 Sonic dan PUMA x SEGA RS-0 Dr. Eggman bakal dilancarkan pada 5 Jun ini. Kini pihak SEGA dan PUMA akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa kasut tersebut akan dijual buat pasaran Malaysia.

Melalui kolaborasi ini, kedua-dua kasut tersebut akan disertakan dengan rekaan berdasarkan watak daripada siri permainan Sonic, iaitu Sonic The Hedgehog untuk kasut RS-0 Sonic dengan rekaan berwarna biru manakala bagi kasut RS-0 Dr. Eggman pula mempunyai rekaan berwarna merah.

Kasut tersebut juga merupakan rekaan yang PUMA yang diolah semula daripada keluaran siri RS-0 oleh PUMA dan hanya akan dilancarkan dengan kuantiti yang sangat terhad.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan kasut tersebut, anda boleh dapatkannya di PUMA Sunway Pyramid, Crossover dan Sole What pada 5 Jun dengan harga RM610.


TIPS & ULASAN