NIS America hari ini baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan seram Yomawari: The Long Night Collection di konsol Nintendo Switch pada 30 Oktober ini.

Permainan ini akan menyertakan dua permainan Yomawari iaitu Yomawari: Night Alone dan Yomawari: Midnight Shadows. Kedua-dua permainan tersebut sebelum ini telahpun dilancarkan di konsol Playstation Vita, Playstation 4 dan PC.

Permainan ini akan menempatkan pemain di kejiranan yang seram dimana pemain perlu mengembara di kawasan tersebut, dan menyelesaikan misteri yang terdapat di dalam permainan tersebut disamping perlu mengelak daripada pelbagai jenis roh yang akan menyerang pemain.

Bagi anda yang meminati permainan seram, ini merupakan permainan yang semestinya anda cuba. Dengan penyertaan kedua-dua siri Yomawari tersebut di dalam satu katrij, ia sememangnya berbaloi buat pemilik Nintendo Switch diluar sana.

Sohor Kini