Informasi Permainan Video Terkini
Raksasa Baru Lunastra Diumumkan Buat Monster Hunter World

Raksasa Baru Lunastra Diumumkan Buat Monster Hunter World

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Capcom hari ini mengumumkan kemaskini terbaru buat Monster Hunter World iaitu raksasa terbaru, Lunastra. Raksasa ini merupakan raksasa jantina betina buat Teostra dan merupakan salah satu daripada raksasa Elder Dragon.

Raksasa Lunastra merupakan raksasa versi jantina betina daripada Teostra yang mana menurut Capcom, ia lebih agresif berbanding Teostra.

Lunastra juga akan memberi cabaran yang lebih tinggi buat pemain dimana pemain juga perlu bertempur dengan Teostra pada masa yang sama. Sekaligus buat mereka yang ingin memburu secara solo, anda mungkin akan berjaya jika mempunyai sepasukan yang penuh untuk memburu beliau.

Seperti biasa, raksasa Lunastra juga akan menjatuhkan pelbagai kelengkapan menarik untuk pemain hasilkan pelbagai jenis bentuk pakaian, senjata dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat untuk memburu raksasa terbaru ini, anda boleh berbuat demikian bermula 31 Mei ini jam 8 pagi dengan hanya memuat-turun kemaskini permainan secara percuma.


TIPS & ULASAN