Informasi Permainan Video Terkini
Senarai Penerbit Permainan Video Untuk Persidangan PC Gaming Show Di E3 Dikongsikan

Senarai Penerbit Permainan Video Untuk Persidangan PC Gaming Show Di E3 Dikongsikan

Diterbitkan pada Mei 30, 2018 oleh .

Kami sekarang ini lebih teruja dengan E3 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Jun nanti berbanding Piala Dunia ataupun Raya. Jika anda seperti kami ataupun berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permainan yang akan diumumkan di E3 nanti, kami menyediakan senarai penuh tarikh dan masa acara persidangan siaran langsung E3 2018.

Seperti E3 2017, PC Gaming Show yang merupakan acara dianjurkan oleh majalah PC Gamer akan mempunyai persidangan mereka tersendiri yang akan memfokuskan untuk permainan PC.

Hari ini mereka berkongsi senarai penerbit yang akan memperlihatkan permainan mereka semasa persidangan di E3 nanti. Penerbit tersebut adalah Sega, Square Enix Ltd., Crytek, Double Fine, Hi-Rez Studios, SkyDance Media, Digital Extremes, Raw Fury, Klei, Modern Storyteller, tinyBuild, Cloud Imperium Games, Starbreeze, 505 Games, dan satu penerbit yang tidak diberikan nama.

Senarai tersebut akan menyertai senarai yang diumumkan sebelum ini, iaitu Oculus Rift, Stardock Entertainment, Tripwire Interactive, Coffee Stain Studios, Frontier dan Team 17. Nantikan laporan kami apabila E3 bermula kelak.


TIPS & ULASAN