Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Baru One Piece: World Seeker Dipertontonkan Oleh Bandai Namco – Permainan Dunia Terbuka One Piece
PC

Trailer Baru One Piece: World Seeker Dipertontonkan Oleh Bandai Namco – Permainan Dunia Terbuka One Piece

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

Sebelum ini Bandai Namco mengumumkan permainan One Piece: World Seeker yang mana ia merupakan permainan dunia terbuka pertama buat siri One Piece. Kini, Bandai Namco berkongsi satu lagi trailer baru buat permainan tersebut.

Melalui video tersebut, Bandai Namco juga mempertontonkan bentuk permainan yang mana pemain bukan sahaja akan bertempur musuh dengan kemahiran-kemahiran getah Monkey D. Luffy, malah pemain akan menggunakan kemahiran tersebut untuk bergerak dan mengembara di dalam dunia tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, menurut penerbit permainan tersebut, Koji Nakajima menyatakan bahawa permainan ini akan membenarkan pemain untuk mengembara di seluruh kawasan yang terdapat di dalam peta permainan tanpa sebarang batasan.

One Piece: World Seeker dirancangkan untuk dilancarkan secara global pada 2018 ini untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN