Informasi Permainan Video Terkini
Permua The King Of Fighters All-Star Diumumkan Buat iOS Dan Android

Permua The King Of Fighters All-Star Diumumkan Buat iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

SNK dan Netmarble hari ini mengumumkan permua The King Of Fighters All-Star buat iOS dan Android. Menurut mereka, permainan ini akan memfokuskan bentuk permainan aksi RPG berbanding bentuk perlawanan daripada siri asal The King Of Fighters.

The King Of Fighters All-Star merupakan permua aksi RPG yang akan menyertakan bentuk permainan yang mudah untuk dikawalkan. Dengan menyertakan watak-watak daripada siri The King Of Fighters ’94 sehingga XIII, permainan ini akan membenarkan pemain untuk melakukan pelbagai bentuk serangan ikonik berdasarkan watak-watak tersebut dengan visual yang menarik.

Netmarble juga menjanjikan kualiti watak, bunyi dan suara latar yang akan setia dengan siri The King Of Fighters asal. Mereka juga menyatakan permua ini akan menyertakan penceritaan asli bersama watak baru.

Dari segi bentuk permainan pula, seperti yang dapat diperlihatkan di atas, permua ini tampaknya masih lagi akan menyertakan bentuk seakan perlawanan secara 2D namun ia kelihatan seakan mempunyai bentuk permainan Beat Em Up seperti siri Fatal Fury.

Menurut Netmarble, informasi tambahan permua ini akan diumumkan pada 15 Jun ini.


TIPS & ULASAN