Informasi Permainan Video Terkini
Permua Valkyrie Profile: Lenneth Kini Dilancarkan Di iOS Dan Android

Permua Valkyrie Profile: Lenneth Kini Dilancarkan Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Square-Enix akan melancarkan permua buat Valkyrie Profile: Lenneth di peranti telefon pintar. Ia asalnya dirancang untuk dilancarkan buat pasaran Jepun, namun kini ia akhirnya tiba buat pasaran Malaysia.

Valkyrie Profile: Lenneth merupakan permainan pernambah-baikkan yang dilancarkan di Playstation Portable pada 2006 lepas. Ia asalnya merupakan permainan Valkyrie Profile yang dilancarkan di Playstation 1 pada 2000 lepas. Ia merupakan permainan JRPG yang asalnya dibangunkan oleh Tri-Ace dan dilancarkan oleh Enix. Permainan ini memfokuskan pengembaraan Lenneth dan bertempatkan di dalam mitologi Norse.

Kini dengan pelancarannya di iOS dan Android, tampaknya anda berupaya untuk bermain permainan tersebut dimana sahaja di peranti telefon pintar anda.

Bagi versi iOS, permainan tersebut berharga RM64.90, manakala versi Android pula berharga RM68.99. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh ke pautan ke bawah.

Beli iOS : Valkyrie Profile: Lenneth

Beli Android : Valkyrie Profile: Lenneth


TIPS & ULASAN