Informasi Permainan Video Terkini
EA Sports Meramalkan Perancis Memenangi FIFA World Cup 2018

EA Sports Meramalkan Perancis Memenangi FIFA World Cup 2018

Diterbitkan pada Mei 29, 2018 oleh .

FIFA World Cup 2018 merupakan salah satu acara yang dinantikan ramai peminat bola sepak seluruh dunia. EA sendiri sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kandungan khusus bersempena dengannya secara percuma, dan hari ini turut hadir dengan ramalan khusus bersempena dengan FIFA World Cup 2018.

Terkini, EA Sports telah pun menjalankan simulasi perlawanan FIFA World Cup 2018 melalui kemaskini terbaru, sekaligus membuat ramalan untuk siapakah yang akan memenangi kejohanan piala dunia berkenaan.

FIFA World Cup 2018

Melalui ramalan yang dikeluarkan oleh EA Sports, mereka menyasarkan Jerman dan Perancis akan bertemu pada perlawanan akhir. Ia dijangka akan berakhir dengan sepakan penalti pada kiraan 4-3 – dimana kemenangan berpihak kepada Perancis.

EA turut menyediakan ramalan penuh untuk perlawanan FIFA World Cup 2018, termasuk berkaitan pemain terbaik dan sebagainya melalui laman rasmi mereka.

Bagi anda sendiri, siapakah pasukan pilihan anda untuk menjuarai FIFA World Cup 2018 ini?


TIPS & ULASAN