Skip to main content

Sidequest Studios minggu ini mengumumkan permainan Rainbow Skies akan dilancarkan pada 27 Jun ini buat konsol Playstation 4, Playstation 3 dan Playstation Vita secara digital.

Rainbow Skies merupakan permainan seterusnya Sidequest Studios, iaitu pembangun bagi permainan Rainbow Moon yang dilancarkan pada 2012 lepas. Rainbow Skies juga merupakan sekuel secara tidak langsung bagi permainan Rainbow Moon.

Dengan memfokuskan bentuk RPG bersama bentuk bertempuran secara strategi turutan, pemain berupaya untuk mengembara, menternak raksasa dan juga meningkatkan kebolehan watak seperti permainan klasik RPG sebelum ini.

Rainbow Skies akan meletakkan pemain sebagai Damion, iaitu penternak raksasa dimana pemain perlu mengembara bersama beliau setelah sesuatu yang buruk berlaku ketika ujian pertenakkan raksasa tersebut. Sepanjang pengembaraan, pemain akan menikmati pelbagai bentuk penceritaan bersama misi sampingan dan berpeluang untuk menaik-taraf watak bersama mencari harta karun yang terdapat di dalam permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati permainan klasik RPG strategi turutan seperti ini, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan Rainbow Skies bermula Jun kelak. Permainan ini juga menyokong penyimpanan Cross Save, sekaligus pemain berupaya untuk menyambung bermain antara Playstation 4 dan Playstation Vita.

Leave a Reply