Informasi Permainan Video Terkini
Love Heart Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Buat SNK Heroines Tag Team Frenzy

Love Heart Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Buat SNK Heroines Tag Team Frenzy

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

SNK hari ini berkongsi watak seterusnya buat permainan perlawanan SNK Heroines Tag Team Frenzy iaitu Love Heart.

Beliau merupakan watak asal buat permainan Pachinko Sky Love dan sebelum ini beliau juga berada di dalam permainan The King Of Fighters XIV.

SNK Heroines Tag Team Frenzy merupakan permainan perlawanan secara berkumpulan berdasarkan watak-watak wanita daripada siri permainan SNK. Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk melakukan pelbagai kuasa dan serangan ikonik setiap watak tersebut. Selain itu, pemain juga berupaya mengubah-suaian kostum bagi setiap watak-watak yang terdapat di dalam permainan ini.

Bagi anda yang meminati watak-watak wanita dari siri permainan SNK, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini bermula 7 September ini buat konsol Playstation 4 dan Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN