Informasi Permainan Video Terkini
Metal Slug XX Bakal Tiba Minggu Ini Di Playstation 4 – Menyertakan Pasukan Ikari Dari The King Of Fighters

Metal Slug XX Bakal Tiba Minggu Ini Di Playstation 4 – Menyertakan Pasukan Ikari Dari The King Of Fighters

Diterbitkan pada Mei 28, 2018 oleh .

Sebelum ini SNK mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Metal Slug XX di Playstation 4, iaitu permainan pernambah-baikkan yang asalnya di lancarkan di Playstation Portable dan ia merupakan permainan Metal Slug 7 yang diolah semula daripada versi 3DS.

Kini, SNK akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut, iaitu pada 29 Mei ini.

Melalui Metal Slug XX, SNK akan menyertakan sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual seperti sokongan resolusi 4k dan tetapan mod TV CRT dan arked. Selain itu, SNK juga menyertakan sokongan multi-pemain dimana anda boleh bermain bersama rakan anda secara luar-talian dan atas-talian.

Menariknya, SNK juga akan menyertakan tiga watak baru daripada pasukan Ikari, dari permainan The King Of Fighters, iaitu Clark, Ralf dan Leona.

Bagi anda yang meminati permainan klasik Metal Slug, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan terbaru oleh SNK ini bermula minggu ini.


TIPS & ULASAN