Informasi Permainan Video Terkini
The Wolf Among Us 2 Ditunda Sehingga 2019 Ini
PC

The Wolf Among Us 2 Ditunda Sehingga 2019 Ini

Diterbitkan pada Mei 27, 2018 oleh .

Sebelum ini, Telltale Games mengumumkan bahawa permainan The Wolf Among Us 2, iaitu musim kedua permainan tersebut akan dilancarkan pada tahun ini. Kini melalui kenyataan rasmi oleh mereka, permainan tersebut akan dilancarkan pada tahun 2019 ini.

Menurut Telltale Games, mereka memerlukan masa untuk memfokuskan kualiti dan bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru untuk menghasilkan permainan yang istimewa. Mereka juga menyatakan mereka perlu masa yang lebih untuk menjaminkan kualiti permainan akan menjadi lebih baik apabila ia dilancarkan kelak.

The Wolf Among Us merupakan siri permainan berepisod oleh Telltale Games yang dilancarkan pada 2014 lepas. Ia mengisahkan penceritaan seorang detektif di bandaraya New York. Melalui permainan ini, pemain perlu menyelesaikan pelbagai misteri yang berlangsung sepanjang pengembaraan pemain. Kini dengan pengumuman musim kedua permainan tersebut, pemain tampaknya bakal mengembara sekali lagi bersama Bigby di dalam The Wolf Among Us 2.

Walaupun ini merupakan berita yang agak mengecewakan, namun kami percaya Telltale Games akan menghasilkan sesuatu yang menarik buat permainan ini dengan pelbagai lagi penceritaan misteri yang mengasyikkan.


TIPS & ULASAN