Sebelum ini, Codemasters mengumumkan secara rasmi permainan F1 2018 yang mana ia merupakan permainan rasmi buat FIA Formula One World Championship di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Kini, Codemasters akhirnya mempertontonkan bentuk permainan tersebut secara rasmi yang mana ia memaparkan pelumba Charles Leclerc dari pasukan Alfa Romeo Sauber F1 di litar Circuit de Monaco.

Melalui permainan F1 2018, Codemasters menyatakan bahawa mereka akan mempertambahkan pelbagai pernaik-tarafan dari permainan sebelum ini seperti peningkatan visual dan juga mod Career yang dikembangkan lagi. Codemasters juga menyatakan mereka akan menyertakan kesemua pasukan rasmi, pemandu dan juga litar.

Menurut Codemasters, ia akan dilancarkan pada 24 Ogos 2018 ini, bersempena dengan Formula 1 2018 Belgian Grand Prix yang berlangsung pada hujung minggu tarikh tersebut.

Sohor Kini