(Ura-Ura) Mega Man 11 Bakal Tiba Pada 3 Oktober Ini

Sebelum ini, Capcom mengumumkan permainan Mega Man 11 sedang dibangunkan yang mana ia mempunyai sebilangan bentuk permainan yang baru dan juga visual grafik 3D.

Kini, melalui kedai atas-talian rasmi Playstation 4, PSN Store tampaknya tertiris tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 3 Oktober 2018 ini. Namun, PSN Store telahpun menarik balik pautan permainan tersebut dan ia tidak lagi boleh diakses.

Walau bagaimana pun, Capcom masih lagi belum mengumumkan sebarang tarikh pelancaran dan tarikh diatas mungkin juga tarikh contoh sahaja. Melalui pengumuman mereka sebelum ini, Capcom juga menyatakan permainan tersebut akan tiba pada penghujung 2018 ini. Seperti biasa, kita perlu menanti sebarang pengumuman oleh Capcom untuk mengetahui tarikh asal pelancaran permainan tersebut.

Mega man 11 merupakan siri Mega Man klasik yang diolah semula dan diberi nafas yang baru dan ia dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini