Informasi Permainan Video Terkini
Killer7 Diumumkan Buat Pemain PC – Bakal Tiba Melalui Steam
PC

Killer7 Diumumkan Buat Pemain PC – Bakal Tiba Melalui Steam

Diterbitkan pada Mei 27, 2018 oleh .

NIS America hari ini mengumumkan bahawa permainan Killer7 bakal tiba buat pemain PC melalui Steam pada musim luruh tahun ini iaitu antara bulan September sehingga Disember.

Killer7 merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Grasshopper Manufacture, iaitu pembangun yang sama untuk permainan Let It Die dan siri No More Heroes. Ia asalnya dilancarkan di Playstation 2 dan Gamecube pada 2005 yang mana kini bakal kembali sebagai permainan pernambah-baikkan di PC.

Permainan ini meletakkan pemain di dalam dunia pembunuh upahan, Harman Smith iaitu Killer7 dimana beliau mempunyai 7 personaliti dimana setiapnya mempunyai rupa dan senjata yang berbeza.

Bagi anda yang meminati siri permainan oleh Suda51, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan yang mana ia kini kembali sejak 15 tahun lepas.


TIPS & ULASAN