Informasi Permainan Video Terkini
God Of War Kini Telah Terjual Melebihi 5 Juta Salinan Dalam Tempoh Masa Sebulan Sejak Pelancaran

God Of War Kini Telah Terjual Melebihi 5 Juta Salinan Dalam Tempoh Masa Sebulan Sejak Pelancaran

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa permainan God Of War terjual sebanyak 3.1 juta salinan dengan hanya selepas 3 hari pelancaran.

Kini, Sony mengumumkan bahawa permainan tersebut telah pun mencapai nilai 5 juta salinan dengan tempoh masa sebulan sejak pelancarannya iaitu 20 April lepas. Sebelum ini, kami juga menyatakan bahawa permainan ini merupakan permainan paling laku buat permainan esklusif Playstation 4 yang mana kini, permainan tersebut terus mengekalkan taraf yang sama.

Namun bagi kami, berita ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan pada ulasan kami sendiri, kami meletakkan markah yang sempurna buat permainan God Of War tersebut dan pada kami permainan tersebut sememangnya layak berada di taraf sedemikian.

Di sini kami ingin mengucapkan tahniah buat Santa Monica Studio dan Sony Interactive Entertainment atas kejayaan mereka dan mungkin pada masa akan datang, kita bakal menerima sekuel permainan tersebut dengan lebih awal memandangkan hasil jualannya sangat memberansangkan.

God Of War merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Santa Monica Studio secara esklusif buat konsol Playstation 4. Ia dilancarkan pada 20 April lepas dan kami di Aksiz juga membuat ulasan permainan tersebut beberapa minggu lepas. Selain itu, kami juga telah berkongsi video khas nyah kotak bagi edisi Collectorpermainan tersebut.


TIPS & ULASAN