Informasi Permainan Video Terkini
Sony Berminat Untuk Melancarkan Konsol Klasik Mini Playstation 1

Sony Berminat Untuk Melancarkan Konsol Klasik Mini Playstation 1

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Baru-baru ini kita memperlihatkan banyak pembangun konsol permainan melancarkan semula konsol klasik dalam bentuk saiz mini seperti Neo Geo Mini dan SEGA Mega Drive Mini yang diumumkan sebelum ini. Malah pendekatan ini juga terkenal melalui pelancaran NES Mini yang dilakukan oleh Nintendo.

Menariknya minggu ini, satu lagi syarikat pembangun konsol permainan iaitu Sony, juga berminat untuk melancarkan konsol mini. Menurut CEO Sony Interactive Entertainment, John Tsuyoshi Kodera bahawa mereka berminat dan sering berbincang secara dalaman berkenaan untuk melancarkan Playstation Classic Edition.

Walaupun begitu, beliau tidak menyatakan sebarang pengumuman rasmi dan hanyalah berminat untuk membawa kembali permainan-permainan lama ke generasi kini sahaja.

Tetapi seperti sedia maklum, Sony Interactive Entertainment juga sering membawa permainan klasik sebagai pernambah-baikkan ke konsol kini seperti siri Spyro dan juga Parappa The Rappper. Sekaligus mungkin dengan pelancaran konsol klasik mini merupakan satu tindakan yang kurang wajar.

Namun begitu, pendekatan ini juga mungkin menarik buat mereka yang tidak pernah mempunyai konsol Playstation 1 ataupun ingin mengenang semula memori bersama Playstation 1. Memandangkan permainan Playstation 1 agak sukar untuk di dapati sekarang dan mungkin dengan adanya konsol mini tersebut, pemain mungkin dapat menikmati semula permainain-permainan klasik Playstation 1 seperti Twisted Metal, Wild Arms, Ape Escape dan sebagainya.

Dengan pelbagai memori yang tersirat hampir 20 tahun lalu bermain dengan Playstation 1, kami percaya para pembaca juga berminat dengan konsol mini klasik Playstation 1 juga pihak Sony melancarkannya. Apakah pendapat anda berkenaan perkara ini? Adakah anda ingin Sony melancarkan konsol klasik mini Playstation 1 ataupun hanya permainan pernambah-baikkan melalui Playstation 4? Berikan pendapat anda di ruangan komen dibawah.


TIPS & ULASAN