Tekken 7, iaitu permainan perlawanan oleh Bandai Namco kini menghampiri ulang tahun pertamanya iaitu pada 2 Jun ini dimana melalui akaun Twitter rasmi Katsuhiro Harada, penerbit permainan tersebut berkongsi sebilangan kandungan percuma bakal tiba buat permainan tersebut.

Menurut penerbit permainan tersebut, kandungan percuma tersebut akan dilancarkan pada 31 Mei ini secara percuma dan akan menyertakan pelbagai kelengkapan kostum, set-set pengubahsuaian dan sebagainya. Berikut adalah senarai kandungan yang bakal tiba:

  • Kostum Blood Vengeance (Mod penceritaan)
  • Kostum Vagabond (Mod penceritaan)
  • Kostum Final Battle (Mod penceritaan)
  • Kostum The Evil Eye (Mod penceritaan)
  • Set kostum bikini Krismas
  • Set kostum Aura
  • Set gaya rambut wanita
  • Set Japan Pro-Wrestling
  • Set Kuma dan Panda
  • Set barangan Metallic
  • Set pengubah-suai pemain
  • Set panel watak

Tekken 7 adalah permainan perlawanan yang dilancarkan oleh Bandai Namco tahun lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Sejak pelancarannya, Bandai Namco mengumumkan pelbagai pernambahan termasuklah watak DLC Noctis daripada permainan Final Fantasy XV.

Sohor Kini