Informasi Permainan Video Terkini
20XX Diumumkan Buat Konsol – Permainan Di Inspirasikan Daripada Siri Mega Man

20XX Diumumkan Buat Konsol – Permainan Di Inspirasikan Daripada Siri Mega Man

Diterbitkan pada Mei 25, 2018 oleh .

Batterystaple Games dan Fire Hose Games hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan 20XX di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch bermula 10 Julai ini.

Permainan ini asalnya dilancarkan di PC melalui Steam pada tahun lepas dan mendapat pujian ramai oleh peminat dengan bentuk permainannya.

20XX merupakan permainan 2D aksi platformer yang diinspirasikan daripada siri permainan Mega Man dimana ia mempunyai sebilangan bentuk permainan seakannya seperti menembak, lompat dan memecut.

Menariknya juga, permainan ini juga mempunyai bentuk multi-pemain secara atas-talian dan luar-talian dimana pemain berupaya untuk bekerjasama dan menyelesaikan misi secara bersama.

Tambahan juga, versi konsol yang diumumkan ini akan menyertakan kandungan DLC watak Hawk yang dilancarkan sebelum ini di PC, sekaligus pemain berupaya untuk bermain sebanyak 3 watak pilihan.

Bagi anda yang menyukai permainan seakan Mega Man, anda mungkin berminat untuk mendapatkan permainan ini bermula 10 Julai ini di konsol pilihan anda.


TIPS & ULASAN