Informasi Permainan Video Terkini
Demo Permainan Sushi Striker: The Way of Sushido Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Nintendo eShop

Demo Permainan Sushi Striker: The Way of Sushido Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Nintendo eShop

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Mac lepas, Nintendo mengumumkan permainan Sushi Striker: The Way of Sushido yang mana ia merupakan permainan tekaria bertemakan Sushi untuk Switch dan 3DS. Kini, bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut, Nintendo menyertakan demo permainan secara percuma melalui Nintendo eShop.

Sushi Striker: The Way Of Sushido merupakan permainan yang memfokuskan tekaria menyelesai warna-warna pinggan sushi. Selain dari bentuk permainan tekaria, permainan ini juga bakal memfokuskan penceritaan dan mempunyai mod permainan secara multi-pemain. Menariknya juga, permainan ini akan dilancarkan di konsol 3DS dan juga Switch pada 8 Jun ini.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda boleh memuat-turun demo permainan tersebut secara percuma di Nintendo eShop.


TIPS & ULASAN