Bandai Namco sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan pernambah-baikkan, Dark Souls Remastered yang mana kini, akhirnya dilancarkan secara rasmi di konsol Playstation 4 dan PC. Bagi versi Xbox One pula, ia akan dilancarkan esok, 25 Mei. Manakala bagi versi Nintendo Switch pula, Bandai Namco menyatakan ia ditunda sehingga musim panas tahun ini.
Dark Souls Remastered merupakan permainan pernambah-baikkan yang memfokuskan bentuk aksi RPG dan dibangunkan oleh FromSoftware. Ia asalnya dilancarkan pada 2011 lepas buat Playstation 3 dan Xbox 360. Kini melalui versi pernambah-baikkan ini, FromSoftware menyertakan pelbagai pernaiktarafan termasuklah dari segi visual.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia kini dilancarkan secara rasmi bermula dengan harga RM149 bagi versi Steam dan RM159 bagi versi Playstation 4.
[info] Beli PS4 – Dark Souls Remastered [/info] [info] Beli Steam – Dark Souls Remastered [/info] [info] Beli Xbox One – Dark Souls Remastered [/info]