Informasi Permainan Video Terkini
DualShock 4 Merupakan Alat Kawalan Permainan Terlaku Menurut Sony

DualShock 4 Merupakan Alat Kawalan Permainan Terlaku Menurut Sony

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Menurut Sony, alat kawalan permainan konsol Playstation 4, iaitu DualShock 4  terutamanya yang berwarna hitam, merupakan alat kawalan terlaku melalui hasil jualan.

Namun, kenyataan ini bukannya bermaksud bahawa alat kawalan tersebut mempunyai hasil jualan unit tertinggi, tetapi menurut Sony, hasil jualan DualShock 4 merupakan terlaku dari segi jumlah jualan wang dan keuntungan.

Kenyataan ini juga dinyatakan pada masa yang sama berkenaan jangka hayat Playstation 4 yang dilaporkan oleh kami baru-baru ini. Walaupun di dalam laporan tersebut, Sony menyatakan hasil jualan Playstation 4 semakin berkurangan, mereka berkongsi bahawa mereka akan menyokong Playstation 4 sehingga 2021 dan mungkin juga lebih dari itu.


TIPS & ULASAN