Skip to main content

Sony Interactive Entertainmet dan Level-5 hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kandungan dari permainan-permainan Level-5 bakal tiba buat permainan Everybody’s Golf.

Seperti kolaborasi Final Fantasy sebelum ini, kolaborasi ini juga bersempena ulang tahun ke-20 Level-5.

Melalui kolaborasi ini, pemain berupaya untuk mendapatkan sebilangan kandungan-kandungan kosmetik daripada permainan yang dikeluarkan oleh Level-5. Sebilangan kandungan yang akan disertakan adalah:

  • Watak Toan dan Xiao dari Dark CLoud
  • Watak White Knight dari White Knight Chronicles
  • Watak Evan dan Tani dari Ni No Kuni II
  • Watak Professor Layton dari siri Professor Layton
  • Watak Jibanyan dan Komanyan dari siri Yo-kai Watch
  • Kereta kart berdasar permainan Layton’s Mystery Journey, Yo-kai Watch dan White Knight Chronicles

Menurut Sony, acara kolaborasi tersebut akan diadakan bermula secara dua pusingan dan pusingan pertama 5 sehingga 18 Jun. Pusingan kedua pula akan diadakan pada 22 Julai sehingga 6 Ogos. Melalui acara tersebut, pemain perlu menyertakan kejohanan yang terdapat di dalam permainan Everybody’s Golf untuk mendapatkan kandungan Level-5 diatas.

 

 

Everybody’s Golf pula merupakan permainan sukan golf yang sebelum ini terkenal sebagai siri permainan Hot Shots Golf. Permainan ini juga mendapat pujian ramai dengan bentuk multi-pemainnya dan keupayaan untuk mengubah-suai watak tersendiri. Sebelum ini, Sony mengumumkan penurunan harga bagi permainan Everybody’s Golf bersempena tawaran PS4 Greatest Hits.

Leave a Reply