Quantic Dream hari ini berkongsi trailer terbaru buat permainan Detroit: Become Human yang mana mereka mempertontonkan watak android Chloe yang mana beliau merupakan android pertama yang berjaya melepasi ujian Turing, iaitu ujian untuk keupayaan mesin menunjukkan tingkah laku pintar yang bersamaan atau tiada bezanya dengan tingkah laku manusia.

Ini merupakan trailer kedua yang menempatkan adegan-adegan sebelum permulaan permainan Detroit: Become Human oleh Quantic Dream. Sebelum ini mereka memperkenalkan pengasas Cyberlife, iaitu Elijah Kamski.

Seperti video sebelum ini, Quantic Dream menyatakan bahawa ia bertempatkan sebelum permainan Detroit: Become Human itu sendiri dimana seorang wartawan seolah menemu bual Android Chloe tersebut yang mana beliau menjawab sebilangan soalan.

Menariknya, menurut Chloe, beliau merupakan Android pertama yang melepasi ujian Turing. Pada penghujung video tersebut juga Chloe menyatakan sesuatu yang sangat menarik berkenaan perbezaan konsep Android dan manusia, sekaligus membuatkan kami berasa sangat tertarik dengan konsep penceritaan permainan ini.

Detroit: Become Human merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Quantic Dream dan akan tiba secara esklusif di Playstation 4 pada 25 Mei ini.

Sohor Kini