Informasi Permainan Video Terkini
The Banner Saga 2 Versi Switch Bakal Tiba 7 Jun Ini

The Banner Saga 2 Versi Switch Bakal Tiba 7 Jun Ini

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Sebelum ini, Stoic mengumumkan bahawa permainan The Banner Saga 3 bakal tiba Julai ini, selain itu mereka juga mengumumkan bahawa permainan The Banner Saga yang pertama juga dilancarkna pada 17 Mei lepas. Kini, permainan kedua, The Banner Saga 2 pula diumumkan yang mana ia bakal tiba pada 7 Jun ini buat konsol Nintendo Switch.

The Banner Saga 2 adalah permainan yang memfokuskan bentuk permainan strategi secara turutan, ia merupakan salah satu permainan epik yang mendapat sambutan ramai peminat dengan penceritaannya yang menarik. Ia sebelum ini telahpun dilancarkan di PC, Playstation 4, Xbox One dan juga versi permua di peranti telefon pintar.

Bagi anda yang meminati siri permainan berbentuk strategi secara turutan dan berminat untuk bermainnya di konsol hibrid Switch, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan The Banner Saga 2 pada 7 Jun ini.


TIPS & ULASAN