Sebelum ini, SEGA mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Yakuza 3, 4 dan 5 akan tiba di konsol Playstation 4. Kini, SEGA mempertontonkan trailer pertama buat permainan Yakuza 3 yang dirancang untuk dilancarkan pada 9 Ogos ini buat pasaran Jepun.

Yakuza 3 merupakan permainan yang asalnya dilancarkan di konsol Playstation 3 pada 2010 lepas. Melalui video diatas, SEGA mempertontonkan sebilangan visual permainan tersebut bersama dengan mini-mini permainan yang bakal tiba buat permainan tersebut. SEGA juga akan menaik-tarafkan visual permainan tersebut dari segi sokongan resolusi 1080p dan 60FPS.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, siri permainan pernambah-baikkan ini akan tiba secara berperingkat dengan bermulanya Yakuza 3 dan Yakuza 4 dan Yakuza 5 bakal tiba selepas ini.

Walaupun begitu, buat masa ini tarikh pelancaran permainan ini hanyalah buat pasaran Jepun dan SEGA masih belum mengumumkan sebarang informasi berkenaan pelancaran global. Kami percaya pada masa akan datang, SEGA akan melancarkannya secara global memandangkan permainan asalnya juga dilancarkan secara global sebelum ini.

Buat masa sekarang, terdapat 3 permainan Yakuza yang telahpun dilancarkan di konsol tersebut iaitu Yakuza 0, Yakuza: Kiwami dan Yakuza 6: The Song Of Life. Selain itu, SEGA juga akan melancarkan Yakuza: Kiwami 2 pada Ogos ini.

Sohor Kini