Informasi Permainan Video Terkini
DLC Donkey Kong Adventure Bakal Tiba Jun Ini Buat Permainan Mario + Rabbids Kingdom Battle

DLC Donkey Kong Adventure Bakal Tiba Jun Ini Buat Permainan Mario + Rabbids Kingdom Battle

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Nintendo sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan DLC buat permainan Mario + Rabbids Kingdom Battle ketika acara Nintendo Direct Januari lepas. Kini mereka akhirnya berkongsi bahawa DLC pernambahan Donkey Kong Adventure tersebut akan dilancarkan pada Jun ini.

Donkey Kong Adventure merupakan DLC pernambahan yang akan menyertakan penceritaan baru dan pemain diberi peluang untuk menggunakan watak Donkey Kong, Rabbid Peach dan Rabbid Cranky. Melaluinya, pemain akan diperkenalkan empat kawawan baru yang mana bukan sahaja akan mengubah bentuk taktikal permainan malah pemain akan bertemu misteri dan musuh baru.

Mario + Rabbids Kingdom Battle adalah permainan kerjasama antara Nintendo dan Ubisoft dimana mereka memfokuskan pertempuran secara strategi turutan yang dilancarkan pada Ogos 2017 lepas buat konsol Switch.


TIPS & ULASAN