Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Mengumumkan Set Konsol Switch Tanpa Dok – Hanya Untuk Pasaran Jepun

Nintendo Mengumumkan Set Konsol Switch Tanpa Dok – Hanya Untuk Pasaran Jepun

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Nintendo hari ini mengumumkan set konsol “Switch 2nd Unit Set” yang mana ia merupakan berkas konsol hibrid tersebut yang tidak akan disertakan dengan dok Switch.

Melalui set ini, Nintendo akan menjual konsol tersebut yang hanya akan menyertakan konsol Switch, dua JoyCon dan dua JoyCon Straps dengan harga ¥24,980(~RM899) iaitu ¥5,000(~RM180) lebih murah berbanding harga asal Switch di pasaran Jepun.

Ini bermakna, “Switch 2nd Unit Set” tidak akan menyertakan dok, grip JoyCon, penyesuai AC dan juga kabel HDMI sekaligus pemain yang mendapatkan set ini, tidak berupaya untuk bermain konsol Switch di kaca TV tanpa dok tersebut dan perlu membelinya secara berasingan jika mereka ingin berbuat sedemikian.

Menurut Nintendo, konsol Switch set ini telah pun dijual melalui My Nintendo Store dan pada masa yang sama, pelanggan juga berpeluang untuk mengubah-suai pilihan warna JoyCon ketika membuat pembelian tersebut.

Buat masa ini, Nintendo masih belum mengumumkan sebarang jualan buat pasaran luar dari Jepun. Walaubagaimana pun, pilihan ini merupakan satu pilihan yang menarik buat mereka yang ingin mendapatkan konsol Switch dengan lebih murah dan hanya ingin bermain secara mudah-alih.


TIPS & ULASAN