Informasi Permainan Video Terkini
Demo Zone Of The Enders: The 2nd Runner M∀RS Kini Boleh Dimuat-Turun Di Playstation Store

Demo Zone Of The Enders: The 2nd Runner M∀RS Kini Boleh Dimuat-Turun Di Playstation Store

Diterbitkan pada Mei 24, 2018 oleh .

Minggu lepas, Konami berkongsi tarikh pelancaran buat permainan Zone Of The Enders: The 2nd Runner M∀RS iaitu pada 4 September ini dan mana pada masa yang sama, mereka juga menyatakan bahawa demo permainan tersebut akan dilancarkan. Kini, demo permainan tersebut akhirnya boleh dimuat-turun secara percuma melalui Playstation Store.

Demo bersaiz 3GB tersebut akan memberi peluang untuk pemain mencuba permainan tersebut dengan sokongan resolusi 4k dan juga sokongan realiti-maya buat Playstation VR.

Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS adalah permainan aksi pengembaraan yang dipernambah-baikkan daripada permainan asalnya di konsol Playstation 2 pada 2003 lepas. Kini ia kembali dengan pelbagai pernaik-tarafan dari segi visual seperti sokongan resolusi 4k untuk Playstation 4 Pro dan sokongan realiti-maya melalui Playstation VR.

Bagi anda yang berminat, anda kini boleh membuat pra-tempahan permainan tersebut melalui Playstation Store dan Steam dengan harga RM99. Jika anda ingin mencuba dahulu permainan tersebut, anda boleh memuat-turun demo di pautan dibawah.

PSN Muat-Turun : Demo Zone Of The Enders: The 2nd Runner M∀RS


TIPS & ULASAN