Earthfall, iaitu permainan penembak koperasi yang memfokuskan sehingga empat pemain bekerjasama untuk membunuh makhluk asing kini diumumkan bahawa ia bakal tiba di konsol Playstation 4 dan Xbox One bermula 13 Julai ini. Permainan tersebut asalnya dilancarkan di PC melalui Steam sebagai permainan akses awal pada tahun lepas.

Menurut Holospark, pembangun permainan tersebut mereka akan bekerjasama bersama Gearbox Publishing untuk menerbitkan permainan tersebut di konsol secara fizikal.

Melalui permainan Earthfall, makhluk asing akan tiba dan menakluk di kawasan pasifik barat laut dimana pemain perlu bekerjasama bersama pemain lain untuk mempertahankan kawasan tersebut. Pemain bukan sahaja perlu menggunakan strategi, malah pemain perlu meletakkan pelbagai kelengkapan pertahanan untuk meneruskan hidup.

Permainan ini juga akan menyertakan mod penceritaan dengan pelbagai bentuk musuh mahkluk asing yang pemain akan tempuhi sepanjang sesi permainan ini. Ia juga menyokong bentuk multi-pemain secara atas-talian ataupun bermain secara solo bersama teman kercedasan buatan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini secara rasmi bermula 13 Julai ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini