Informasi Permainan Video Terkini
Demo Permainan WipEout Omega Collection Kini Boleh Dimuat-Turun

Demo Permainan WipEout Omega Collection Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Sony hari ini mengumumkan bahawa demo permainan bagi WipEout Omega Collection kini boleh dimuat-turun.

Melalui demo bersaiz 15GB tersebut, pemain berupaya untuk memandu kapal angkasa Feisar di dalam litar Vineta K daripada WipEout HD dan litar Altima daripada WipEout 2048.

Menariknya juga, demo permainan tersebut juga akan menyokong mod realiti-maya yang dilancarkan baru-baru ini sekaligus pemain berupaya untuk mencubanya bagi mereka yang masih belum memiliki permainan tersebut.

WipEout Omega Collection merupakan permainan perlumbaan koleksi siri WipEout 2048, WipEout HD dan WipEout HD Fury. Ia kini dipernambah-baikkan di Playstation 4 dengan pelbagai pernaik-taraf termasuklah sokongan resolusi 4k.

Muat-Turun : Demo WipEout Omega Collection


TIPS & ULASAN