Skip to main content

Psyonix hari ini mengumumkan kemaskini terbaru Salty Shore bakal tiba buat permainan Rocket League yang mana mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baru buat permainan tersebut dengan bertemakan tepi pantai.

Melalui kemaskini ini, Psyonix akan menyertakan arena baru, iaitu Salty Shore yang mana ia bertemakan tepi pantai. Menariknya juga, Psyonix juga akan mengadakan acara khas Beach Blast bermula 11 Jun ini. Namun informasi berkenaan acara tersebut akan diumumkan kemudian.

Psyonix juga memperkenal muzik baru dengan kolaborasi bersama Monstercaat Vol. 3 bersama-sama dengan kemaskini ini. Selain itu, musim ke-lapan kompetitif juga akan bermula secara rasmi buat permainan tersebut bersama dengan sebilangan kemaskini prestasi permainan.

Psyonix juga memperkenalkan kenderaan baru, iaitu Twinzer, juga merupakan sebahagian daripada kemaskini Salty Shore tersebut bermula 29 Mei ini.

Rocket League adalah permainan arena perlawanan yang memfokuskan penggunaan kenderaan kereta untuk bermain dimana pemain perlu menjaringkan gol seakan bola sepak. Ia telahpun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Leave a Reply