Tampaknya pembangun permainan, Milestone tahun ini agak sibuk yang mana bukan sahaja mereka akan melancarkan permainan Ride 3 dan MotoGP18, malah mereka juga akan melancarkan permainan perlumbaan motosikal Motocross iaitu MXGP PRO pada 29 Jun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Selain itu, Milestone juga mengumumkan bahawa mod Compound juga bakal kembali buat permainan tersebut dimana ia akan membenarkan pemain untuk berlatihan dan meningkat kemahiran perlumbaan mereka melalui pelbagai bahagian litar yang terdapat di dalam mod itu.

MXGP Pro merupakan permainan perlumbaan motosikal motocross yang dibangunkan oleh Milestone. Permainan tersebut juga merupakan siri ke-empat oleh mereka sejak 2014 lepas dan merupakan permainan perlumbaan rasmi FIM Motocross World Championship.

Bagi anda yang meminati perlumbaan motocross, jangan lepaskan untuk mendapatkan MXGP Pro menjelang 29 Jun ini.

Sohor Kini