Informasi Permainan Video Terkini
Quantic Dream Mempertontonkan Trailer Terbaru Detroit: Become Human – Memperkenalkan Watak Elijah Kamski

Quantic Dream Mempertontonkan Trailer Terbaru Detroit: Become Human – Memperkenalkan Watak Elijah Kamski

Diterbitkan pada Mei 23, 2018 oleh .

Bersempena dengan pelancaran permainan Detroit: Become Human pada hujung minggu ini, Quantic Dream hari ini mempertontonkan trailer terbaru buat permainan tersebut yang mana mereka memaparkan watak Elijah Kamski, pengasas syarikat Cyberlife, iaitu syarikat yang bertanggung jawab buat Android di dalam permainan tersebut.

Melalui video tersebut, Quantic Dream menyatakan bahawa ia bertempatkan sebelum permainan Detroit: Become Human itu sendiri dimana seorang wartawan seolah menemu bual bersama Elijah dengan menanya sebilangan soalan. Menariknya juga, video tersebut juga memaparkan bagaimana konsep Android yang terdapat di dalam permainan tersebut dengan proses pembinaan Android.

Selain daripada trailer itu, Quantic Dream juga berkongsi trailer khas sempena pelancaran permainan tersebut yang mana juga memaparkan sebilangan adegan-adegan yang bakal terdapat di dalam permainan Detroit: Become Human.

Detroit: Become Human merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Quantic Dream dan akan tiba secara esklusif di Playstation 4 pada 25 Mei ini.


TIPS & ULASAN