Sebelum ini, pihak ESM telahpun mengumumkan bahawa pusingan kelayakkan bagi permainan Pro Evolution Soccer 2018 buat kejohanan Sukan Asia 2018 dibuka.

Kini, tiga lagi pendaftaran pusingan kelayakkan buat permainan StarCraft II, Hearthstone dan Clash Royale akhirnya dibuka. Sekaligus terdapat empat permainan yang mana kini anda berpeluang untuk mendaftar untuk mewakili Malaysia buat acara Sukan Asia 2018.

Pusingan kelayakkan ini menerima sokongan Majlis Sukan Negara, eSports Malaysia dan dijayakan oleh Prime Live. Seperti permainan PES 2018, pusingan kelayakkan tersebut juga akan berlangsung pada 26 sehingga 27 Mei ini.

Walaupun terdapat 6 permainan yang diumumkan oleh Asian Electronic Sports Federation (AESF) buat acara Sukan Asia 2018 sebelum ini, 2 permainan lain iaitu League Of Legends, pusingan kelayakkannya akan diadakan oleh Riot Games melalui jurulatih permainan buat seluruh Asia Tenggara. Manakala pusingan kelayakkan Arena Of Valor pula akan dipilih melalui AOV World Cup.

Bagi anda yang berminat, boleh merujuk ke laman Prime Live hari ini, dan mendaftar untuk menyertai pusingan kelayakkan mengikut permainan pilihan anda secara percuma. Namun buat permainan Pro Evolution Soccer 2018, anda perlu membayar sebanyak RM35.

Daftar – Pusingan Kelayakkan Sukan Asia 2018 (StarCraft II, Hearthstone dan Clash Royale

Daftar – Pusingan Kelayakkan PES 2018 Malaysia

Sohor Kini