Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Berkongsi Trailer Terbaru Summer Lesson: Chisato Shinjo

Bandai Namco Berkongsi Trailer Terbaru Summer Lesson: Chisato Shinjo

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco berkongsi trailer watak buat Alisson Snow bagi permainan Summer Lesson: Allison Snow dan Chisato Shinjo yang akan dilancarkan buat pasaran Malaysia. Kini, Bandai Namco akhirnya berkongsi watak ketiga buat permainan tersebut, iaitu Chisato Shinjo.

Trailer tersebut mempertontonkan watak Chisato Shinjo yang mana seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, Chisato Shinjo adalah anak perempuan jutawan dimana beliau mengupah cikgu, atau pemain untuk mengajarnya subjek pengetahuan am dan juga trend fashion.

Menurut Bandai Namco, permainan ini akan dilancarkan pada musim panas tahun ini iaitu di antara bulan Jun sehingga September ini. Namun, bagi versi bahasa Jepun, ia sudahpun dilancarkan tahun lepas.

Summer Lesson merupakan siri permainan realiti-maya yang mana pemain berpeluang untuk menjadi guru sambilan bagi gadis-gadis tersebut dan mengajar mereka sebilangan mata pelajaran di sekolah. Menariknya ia merupakan permainan interaksi sosial yang memberi kesan dengan setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain. Ia merupakan permainan esklusif di Playstation VR.


TIPS & ULASAN