Informasi Permainan Video Terkini
Tarikh Pengeluaran Dan Harga Kasut Puma x Sonic Diumumkan

Tarikh Pengeluaran Dan Harga Kasut Puma x Sonic Diumumkan

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Pada Mac lepas SEGA memperacahkan kasut berdasarkan rekaan siri permainan Sonic The Hedgehog hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar kasut Puma.

Kerjasama ini akan mengeluarkan dua rekaan iaitu RS-0 Sonic berwarna biru dan RS-0 Dr. Eggman berwarna merah. Rekaan diperlihatkan pada April lepas.

Minggu ini mereka mengumumkan yang kasut-kasut tersebut boleh didapati bermula 5 Jun 2018 secara global dengan harga $130 (RM516). Bagi kami rekaan yang ditampilkan tidaklah mengancam, bagaimana dengan anda?


TIPS & ULASAN