Pada bulan lepas lagi watak Zamasu dan Vegito diperlihatkan sebagai dua watak baru yang akan hadir ke Dragon Ball FighterZ sebagai DLC 2. Bandai Namco melalui kuciran uji kaji di Twitter menanyakan antara dua watak tersebut yang mana paling ditunggu-tunggu manakala pilihan jawapan ketiga mereka meletakkan tarikh DLC ke-2 ini dikeluarkan iaitu 31 Mei 2018.
Which Fighter are you most excited for? #DRAGONBALLFighterZ
— Bandai Namco US (@BandaiNamcoUS) May 21, 2018
Zamasu Fused merupakan watak hasil dari percantuman antara watak Zamasu dan Goku Black dengan penggunaan subang Potara. Manakala Vegito adalah watak hasil dari percantuman Goku dan Vegeta turut dengan penggunaan subang Potara.
Jika anda memiliki pas semusim yang dijual dengan harga RM119 anda akan mendapat kedua-dua watak ini menggunakan pas tersebut manakala berdasarkan penjualan dua watak sebelum ini iaitu Broly dan Bardock setiap satu watak dijual dengan harga RM19.