Informasi Permainan Video Terkini
Berita Lanjut Permainan Sonic Racing Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Berita Lanjut Permainan Sonic Racing Akan Diumumkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 22, 2018 oleh .

Pada Mac lepas selain mengumumkan Sonic Mania, SEGA turut memperacahkan satu permainan baru dengan memaparkan trailer yang hanya mempamerkan sebahagian daripada logo permainan tersebut. Namun, memandangkan mereka memfokuskan huruf “R”, sekaligus kami berasa ia sememangnya adalah permainan seterusnya untuk Sonic Racing.

Walaupun tidak dinyatakan permainan apa akan tetapi pasukan PR SEGA Aaron Webber mengatakan maklumat lanjut mengenai permainan yang mereka peracahkan dahulu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Oleh kerana E3 adalah acara terdekat kemungkinan mereka melakukan pengumuman tersebut melalui acara tersebut ataupun hampir-hampir dengan tarikh bermula acara tersebut. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN