Detroit: Become Human akan dikeluarkan pada 25 Mei nanti dan bersempena pelancaran ini Sony Japan mengeluarkan filem pendek. Menariknya filem tersebut tidak mengikut permainan yang berlaku di Detroit, Amerika Syarikat sebaliknya berlaku di Tokyo.

Filem yang dipanggil Tokyo: Become Human berlaku pada tahun 2028 iaitu 10 tahun sebelum kejadian Detroit: Become Human. Oleh kerana filem ini berbahasa Jepun dan semasa penulisan ini masih tiada sebarang sari kata dikeluarkan kami tidak dapat memahami keseluruhan penceritaan yang cuba disampaikan.

Walaupun begitu jelas nampak dari lakonan yang ia mengisahkan konflik perasaan antara manusia dan android, pada pengakhiran diperlihatkan juga adegan daripada demo Detroit: Become Human yang mungkin berkait tetapi kerana tidak memahami apa yang dicakapkan kami tidak dapat mengesahkannya.

Jika anda mahir berbahasa Jepun harap dapat berkongsi cerita yang disampaikan.

Sohor Kini