Skip to main content

Owlboy merupakan permainan platformer kegemaran ramai pemain yang dikeluarkan oleh D-Pad Studio pada awalnya untuk PC pada November 2016. Kemudian mereka mengumumkan permainan ini akan turut dikeluarkan untuk konsol iaitu Playstation 4, Xbox One dan Switch.

Pengeluaran untuk konsol sepatutnya pada 13 Februari 2018 akan tetapi ia hanya dikeluarkan untuk Switch manakala bagi Playstation 4 dan Xbox One ditunda ke 10 April 2018. Walaupun dengan penundaan tersebut nampaknya Owlboy sudah berjaya membuat keuntungan.

Berdasarkan soal jawab di Reddit, D-Pad Studio mengatakan selepas 24 jam dikeluarkan di Switch mereka sudah membuat keuntungan. Kami tidak pasti sama ada keuntungan secara keseluruhan ataupun sekadar mendapat pendapat melebihi daripada kos untuk membawa permainan tersebut ke Switch.

Buat masa ini mereka juga tidak mempunyai data untuk konsol-konsol yang lain. Ini merupakan satu berita yang baik untuk D-Pad Studio dan Switch yang sebelum ini ingin menjadi tempat yang baik untuk pembangun indie sudah semestinya boleh menjadikan kes ini sebagai contoh terbaik.

Leave a Reply