Dengan hampirnya acara ulang tahun ke-2 buat permainan Overwatch pada 23 Mei ini, rakan kami di Kakucho Purei melaporkan bahawa kostum-kostum buat acara tersebut tertiris yang mana Blizzard tampaknya akan menyertakan sebilangan kostum baru buat watak-watak Overwatch termasuklah watak Brigitte yang diumumkan baru-baru ini.

Terdapat 11 kostum yang tertiris yang mana tiga daripadanya adalah kostum berperingkat Epic dan lapan yang lain adalah kostum berperingkat Legendary. Bagi anda yang ingin melihat senarai kostum tersebut, anda boleh melihatnya dibawah.

Selain itu, jika anda antara yang masih tidak memiliki Overwatch ataupun tidak pernah mencuba, bermula 26 Mei sehingga 29 Mei anda boleh mencubanya secara percuma di Playstation 4, Xbox One ataupun PC. Anda juga mungkin berminat untuk mendapatkan Overwatch Legendary Edition yang menyertakan 15 kostum tambahan buat pemain.

Sohor Kini