Informasi Permainan Video Terkini
Age of Wonders: Planetfall Diumumkan Oleh Paradox Interactive – Bakal Tiba 2019 Kelak
PC

Age of Wonders: Planetfall Diumumkan Oleh Paradox Interactive – Bakal Tiba 2019 Kelak

Diterbitkan pada Mei 21, 2018 oleh .

Paradox Interactive hari ini mengumumkan permainan Age Of Wonders: Planetfall iaitu ia merupakan permainan strategi akan datang oleh Triumph Studios. Mereka sebelum ini terkenal dengan permainan Age Of Wonders dan juga siri Overlord.

Age Of Wonders: Planetfall dijadualkan untuk dilancarkan pada 2019 ini di PC dan juga konsol dimana ia merupakan permainan strategi yang memfokuskan pembangunan empayar dan pertempuran taktikal secara turutun di dalam dunia persekitaran SciFi.

Melalui permainan ini, pemain bukan sahaja perlu membina empayar malah bertempur dengan empayar lain untuk menghasilkan satu empayar yang berkuasa. Selain itu pemain juga perlu meneroka sejarah empayar yang tumbang. Permainan ini akan menyertakan mod kempen solo dan juga mod multi-pemain.

Bagi anda yang berminat dengan permainan strategi seakan Civilization mahupun Age Of Wonders, anda mungkin berminat untuk mencuba permainan. Ia dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN