Informasi Permainan Video Terkini
Bandai Namco Mengumumkan Watak Yoshimitsu Buat Soul Calibur VI
PC

Bandai Namco Mengumumkan Watak Yoshimitsu Buat Soul Calibur VI

Diterbitkan pada Mei 20, 2018 oleh .

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain Soul Calibur VI, Bandai Namco hari ini berkongsi satu lagi watak baru yang bakal tiba buat permainan tersebut iaitu Yoshimitsu. Bersama pengumuman tersebut, Bandai Namco juga berkongsi satu trailer khas yang mempertontonkan sebilangan bentuk pertempuran watak tersebut.

Bagi anda yang bermain permainan perlawanan Tekken, anda pasti akan mengetahui watak Yoshimitsu memandangkan beliau juga merupakan salah satu watak daripada permainan Tekken. Namun ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Yoshimitsu sebelum ini juga berada di dalam siri Soul Calibur bermula dari Soul Calibur yang pertama.

Dengan penyertaan watak Yoshimitsu, tampaknya permainan Soul Calibur bakal menjadi salah satu permainan yang paling dinantikan oleh peminat permainan perlawanan buat tahun 2018 ini. Bandai Namco juga sebelum ini mengumumkan watak Geralt Of Rivia dari siri permainan The Witcher bakal tiba buat permainan tersebut.

Soul Calibur VI merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pertempuran secara bersenjata. Seperti permainan Soul Calibur sebelum ini, permainan Soul Calibur VI akan memfokuskan bentuk perlawanan secara 8 arah pergerakkan. Soul Calibur VI dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN