Tahun lepas, Ubisoft mengumumkan sesi pendaftaran buat beta tertutup buat permainan The Crew 2, kini Ubisoft akhirnya mengumumkan tarikh beta tertutup permainan tersebut iaitu di antara 31 Mei (Jam 4 petang) sehinggalah 3 Jun (Jam 4 petang) khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang membuat pendaftaran, anda boleh muat-turun permainan tersebut lebih awal iaitu pada 29 Mei.
Melalui beta tertutup tersebut, pemain berupaya untuk bermain bahagian pertama di dalam sistem kemajuan permainan tersebut termasuklah empat bentuk perlumbaan iaitu Street Race, Rally Raid, Powerboat dan Aerobatics.
The Crew 2 merupakan permainan perlumbaan oleh Ubisoft yang mana ia memfokuskan perlumbaan bukan sahaja kenderaan darat, malah kenderaan air seperti bot dan juga udara iaitu kapal terbang. Permainan tersebut akan dilancarkan pada 29 Jun dimana sebelum ini, kami ada melaporkan versi-versi informasi tambahan berkenaan permainan tersebut di pautan ini.
Bagi anda yang berminat untuk membuat pendaftaran beta tertutup permainan tersebut, ia masih lagi dibuka di laman rasmi permainan tersebut. Anda boleh ke pautan dibawah untuk mendaftar dan melihat sebarang informasi tambahan berkenaan permainan tersebut.
[info] Daftar : Beta Tertutup The Crew 2 [/info]