Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Dan Bandai Namco Mengumumkan Permainan Go Vacation Buat Konsol Switch

Nintendo Dan Bandai Namco Mengumumkan Permainan Go Vacation Buat Konsol Switch

Diterbitkan pada Mei 19, 2018 oleh .

Nintendo dan Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula permainan Go Vacation yang mana asalnya ia dilancarkan pada konsol Nintendo Wii 2011 lepas, ke konsol Switch.

Melalui permainan tersebut, pemain berupaya untuk bercuti di resort percutian di pulau Kawawii dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti payung terjun, bermain bola tampar dan termasuklah golf. Menurut Nintendo, permainan ini akan menyertakan lebih dari 50 jenis mini permainan dan aktiviti buat pemain.

Selain itu, permainan ini juga menyokong multi-pemain melalui alat kawalan JoyCon dan pemain bukan sahaja berupaya untuk mengubah-suai watak pemain malah mengubah-suai rumah vila dengan lebih dari 450 jenis perabot yang tersedia.

Nintendo dan Bandai Namco juga menyertakan pelbagai pernambahan seperti spesis ikan yang baru bersama haiwan-haiwan yang baru untuk pemain menangkap gambar koleksi.

Go Vacation dijadualkan untuk dilancarkan pada 27 Julai ini secara esklusif di konsol Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN