Seperti yang tersedia maklum oleh masyarakat sekarang yang mana e-sukan merupakan salah satu industri yang semakin berkembang di Malaysia ini.

Sebelum ini juga terdapat pelbagai pihak yang menyediakan pelbagai kejohanan malah ESM (E-Sport Malaysia) juga melancarkan program pemilihan pasukan e-sukan baru-baru ini yang bukan sahaja berkembangkan industri tersebut, malah membantu pemain dari segi elaun dan tajaan.

Kini, melalui temu bual bersama Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Astro Awani, beliau menyatakan bahawa kerajaan ingin menyediakan satu fasiliti E-Stadium buat pemain e-sukan di Malaysia yang mana ia juga merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) beberapa minggu lepas.

Menurut Syed Saddiq, berlakunya satu evolusi sukan dimana e-sukan ini menjadi satu tarikan buat mereka anak muda khususnya yang berumur 25 tahun kebawah. Beliau juga berharap fasiliti E-Stadium tersebut dapat membantu mereka bukan sahaja infrastruktur malah latihan buat pemain yang ingin mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Syed Saddiq juga menyatakan fasiliti ini wajar dilakukan untuk memberi peluang pemain-pemain di Malaysia untuk membawa nama negara ke peringkat antarabangsa di dalam arena e-sukan yang mana kini, sukan sudahpun berubah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Pada pendapat kami juga ini merupakan satu initiatif yang sangat bagus oleh kerajaan baru kerana ia bukan sahaja membuka pintu buat pemain di Malaysia untuk mewakil negara, malah memberi satu harapan buat mereka yang berminat untuk ceburi arena dan industri e-sukan ini.

Sohor Kini