Informasi Permainan Video Terkini
Super Neptunia RPG Diumumkan Buat Playstation 4 dan Nintendo Switch

Super Neptunia RPG Diumumkan Buat Playstation 4 dan Nintendo Switch

Diterbitkan pada Mei 19, 2018 oleh .

Idea Factory International minggu ini mengumumkan permaina Super Neptunia RPG akan dilancarkan secara global buat konsol Playstation 4 dan Nintendo Switch pada musim luruh tahun ini. Iaitu antara bulan September sehingga Disember ini.

Menurut Idea Factory, permainan tersebut akan mempunyai suara latar bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun. Bagi versi Jepun, permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan pada 27 September ini.

Super Neptunia RPG merupakan permainan side-scrolling RPG yang dibangunkan oleh Artisan Studios. Permainan tersebut bakal membawa watak-watak dari siri Neptunia yang mana pemain berpeluang untuk mengembara di dalam dunia permainan tersebut dan bertempur secara turutan seakan permainan klasik RPG.

Bagi anda yang meminati siri permainan Neptunia, ini merupakan satu berita yang menarik memandangkan buat pertama kalinya, siri permainan Neptunia bakal tiba buat konsol Switch.


TIPS & ULASAN